Rank First Page Dalam Google

Assalamualaikum,
bagi anda dan juga saya yang berkecimpung dalam dunia internet, dalam kata lain buat duit dengan internet ni memang confuse dalam semua aspek terutamanya backlinks atau dengan kata lainnya Off Page SEO. Tak kira lah blog movie ataupun blog pesonal, semangnya perlukan offpage SEO/backlinks untuk blog tersebut mendapatkan traffic.

Bila buat duit dengan blog ni, apa yang penting adalah traffic/pelawat. Lagi banyak pelawat maka tinggilah potensi blog tersebut menjana wang. Tidak kira buat duit dengan adsense, Nuffnang, Advertlets dan sebagainya, memang backlinks ini penting kerana backlinks penentu dimana ranking blog anda di Google. Bila rank no 5 dalam Google untuk keyword/niche tertentu maka mudahlah anda untuk mendapatkan Organic Traffic (iaitu traffic dari search engine sebagai contoh Google). Blog anda lebih teserlah bila rank di muka depan Google.

Bagaimana Nak Rank Muka Depan Dalam Google
Ianya merangkumi Onpage dan Offpage SEO dimana anda seharusnya menggunakan Onpage SEO sebaiknya dan seterusnya bermain dengan backlink.

Aspek-aspek yang anda perlu gunakan dalam Onpage SEO adalah :

  • Original Content - dimana artikel yang anda letakkan dalam laman anda adalah 100% unik dan ditulis oleh anda sendiri
  • Meta Tags - letakkan meta tags seperti Meta Title tag, Meta Description tag, Meta Keyword tag. Tujuannya adalah untuk Google mengenalpasti blog anda.
  • Head Tag - sematkan artikel-artikel dengan Head tag seperti <H1> <H2> <H3>.
  • Internal URL - link post A dengan post B dengan menggunakan anchor text. Jika post A berkenaan adsense, dalam artikel post A letakkan anchor text ke post teknik adsense (post B). Anchor text mesti menggunakan keyword untuk post B iaitu teknik adsense. Perbanyakkan struktur internal link ini jika blog anda mempunyai banyak post.
  • Bold Text - Bold text terhadap keyword yang anda target kan/ niche anda.
  • Keyword Density - Kekalkan keyword density dari 2.0% - 2.5%
  • Artikel Words Count - menulis artikel melebihi 450 patah perkataan
  • Image Alt Tag - masukkan alt image tag ke dalam gambar-gambar yang ada di dalam setiap post anda, dan setiap image alt tag mesti berkenaan dengan keyword anda 
  • Elakkan hiding text - contohnya menggunakan warna huruf yang pudar/sama warna dengan background contohnya putih
  • Elakkan Spun Content - contohnya anda menggunakan article spinner untuk spin orang lain punya artikel.
  • Kurangkan Outbound Link - kurangkan link keluar terhadap laman-laman yang tak penting. Outbound link yang baik contohnya link ke wiki.
Bagi Offpage SEO pula anda tidak perlu apa-apa tetapi hanya perlu membuat backlink untuk blog anda. Cuma yang penting adalah menggunakan anchor text keyword anda, contohnya <a href="laman blog anda">keyword anda cuba targetkan</a> untuk setiap backlink yang anda buat. Elakkan meninggalkan backlink dengan menggunakan url blog. Sebaiknya menggunakan anchor text. 

Bagi mendapatkan rank yang tinggi di Google anda perlu mendapatkan backlink dari pelbagai url dan jenisnya. Bagi keyword yang competitive, anda perlu perbanyakkan backlinks. Antara jenis backlinks yang baik untuk digunakan adalah:
  • Wiki 
  • EDU/GOV 
  • Artikel Direktori 
  • High PR Profile link

0 Komen Di Sini: