Buat Duit Dengan Adsense



Apa Itu Adsense?
Adsense adalah satu ruang iklan sama seperti ruang iklan yang terdapat di dalam setiap surat khabar. Ia adalah milik Google dan ia adalah syarikat yang besar dan memang tidak perlu ada keraguan bila menjadi Publisher Adsense. Adsense dikategorikan sebagai Pay Per Click (PPC). Bila ada sesiapa yang klik pada iklan Adsense maka Publisher akan mendapat duit (earnings).

Konsep Adsense
Konsep Adsense sangat mudah untuk difahami. Ia merangkumi beberapa pihak untuk melengkapkan proses mendapatkan earning dari Adsense. Iaitu Pengiklan membeli iklan di Google (iaitu Adwords) dan iklan itu terpapar di dalan ruang iklan Google (iaitu Adsense). Publisher akan menggunakan Adsense Ads di dalam website/blog dan apabila pelawat yang melawat blog/website Publisher, dan klik iklan Adsense yang terdapat di dalam laman Publisher maka Publisher akan mendapat earnings.

Perkara Yang Diperlukan
Antara perkara yang di perlukan adalah cuma laman web atau blog. Apabila anda sudah berjaya menjadi Publisher Adsense, anda cuma perlu memasukkan code iklan di dalam laman anda. Perkara penting yang perlu anda fahami dengan Adsense adalah ia memerlukan beberapa aspek bagi membuat duit dengan Adsense. Antaranya adalah:

  • Pemilihan Keyword/Niche
  • Onpage SEO
  • Offpage SEO
  • Ads Placement
Bagi saya aspek-aspek ini sudah cukup bagi membuat duit dengan Adsense. Tetapi anda perlu tahu bahawa perkara ini memang luas dan jangan sangka buat duit dengan Adsense ini mudah dan ianya juga tidaklah sangat susah. 

0 Komen Di Sini: