Cara Mudah Apply Adsense (Cepat Approve)

Salam,
Perkara ini bukanlah baru tetapi bagi sesiapa yang masih belum menjadi Adsense Publisher ataupun banyak kali gagal mendapatkan akaun Adsense saya berikan beberapa langkah apply Adsense cepat di-approve-kan oleh Google. Bagi yang banyak duit nak upah orang buatkan akaun Adsense untuk anda pun boleh, jadi tak payah la susah-susah apply Adsense guna cara ni ok. Cara ni agak rumit skit dan makan masa. Tetapi memang cepat approve dalam 2 miggu. Berdasarkan pengalaman, saya pernah apply Adsense menggunakan Blogger dan ianya mengambil masa 2 bulan untuk approve.

Perkara Yang Perlu Anda Ingat
Anda perlu ingat terdapat beberapa syarat untuk memohon Adsense dan kebanyakannya gagal berulang kali disebabkan tidak melihat faktor utama mengapa Google tidak meluluskan pemohonan tersebut.

IP Address - jika anda pernah memohon Adsense dengan ip A, dan Google tidak meluluskannya, maka anda perlu ingat bahawa Google tidak akan meluluskan akaun Adsense anda jika anda masih menggunakan IP yang sama. Jadi, jika anda ingin memohon untuk kali kedua maka anda perlu menukar ip komputer anda.

Alamat Rumah - jika anda pernah di-reject oleh Google dan ingin memohon untuk kali kedua, anda harus menukar alamat rumah. Jika sama seperti sebelumnya (di mana anda pernah menggunakannya untuk memohon Adsense dan di-reject oleh Google) maka pemohonan anda akan tidak diluluskan buat kali kedua ataupun sehingga kali ke sepuluh.

Langkah-langkah Apply Adsense Cepat Approve



Menggunakan Docstoc

  1. Pergi ke Docstoc dan register
  2. Pergi ke EzineArticles dan cari satu tajuk contoh burung (birds)
  3. Search Results akan menunjukkan semua artikel-artikel berkenaan dengan burung
  4. Klik setiap satu link dan copy tajuk dan artikel tersebut
  5. Dan paste artikel ke notepad 
  6. Dan upload notepad tersebut ke dalam Docstoc
  7. Anda perlu melakukan proses tersebut sehingga 30 artikel berada di dalam Docstoc
  8. Selepas itu anda apply Adsense menggunakan Docstoc


Menggunakan IndyaRocks
  1. Register di IndyaRocks
  2. Anda perlu membuat profile anda melebihi 75%
  3. Upload 20 photo (bukan wallpaper) ke dalam profile
  4. Tulis 2 artikel di dalam (bukan artikel tentang duit atau affiliate) berkenaan burung dsbg dalam bahasa Inggeris dan jangan copy paste.
  5. Lepas tu anda boleh apply adsense melalui IndyarRocks
  6. Kalau pening jugak anda klik link ini -----> IndyaRocks Adsense Tutorials


2 Komen Di Sini:

Unknown said...

nice info..tp tau x knapa google mudah sgt delete akaun adsense? buleh bgtaw?huhu

Admin said...

memang sangat senang kalau langgar T&C diorang ^^